Khamis, 26 Disember 2013

my MOther!!!!!!loving love so much!!



 my lovely mum..
because him  i can not go.
you are my best mother.
without you  i don"t know what happen to me.
MAY ALLAH bless u always mum.
i miss u so much.
i hope i can make u always happy everytime.
you are number one in my heart not number two oe so on
i hope i will must first death before you mum.
thank for everything you do for me.
i must always hope ALLAH bless u always.






Selasa, 24 Disember 2013

KECEWA DENGANMU WAHAI SAHABAT.

YA ALLAH

Sakitnya rasa hati ni bila orang yang kita sayang cube tikam kita dari belakang...KENAPA ?????Kenapa kau buat aku mcm ni.aku anggap kau SAHABAT aku yg aku boleh kongsi semua suke duke aku..aku cube faham kau selama ni.aku cube jage hati kau.aku cube bantu kau saat kau susah.TAPI akhirnya aku yang TERSUSAH..

SAKIT HATI TUHAN JER YANG TAHU.
terime kasih SAHABAT atas semua yang kau bagi kat aku sekarang ni.
mungkin ALLAH nak aku jadi lebih kuat lagi tanpa harapkan sesiapa pun.
aku bersyukur sekurang kurangnya aku mampu berdikari sendiri tanpa kau sekarang ni.
walaupun sedikit sebanyak kenangan tu masih terpahat kukuh dalam ingatan aku.
sekarang aku belajar dan aku lebih berhati hati dalam memilih teman...
BETUL KATA seorang kawan,

CARI KAWAN TU SENANG TAPI CARI SAHABAT TU SUSAH.

Ahad, 3 November 2013

Layar Keinsafan - Mestica


JOM LAYAN VIDEO NI.MANTAPPP!!!!!!!!
try la tengok dulu baru tahu.hehe



http://www.youtube.com/v/zp_tJWPn00A?autohide=1&version=3&showinfo=1&attribution_tag=2qlYzjoM8s0HqJpQUMogbA&autohide=1&autoplay=1&feature=share

Isnin, 2 September 2013

KETIKA HARUS MELEPASKAN CINTA




Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Melepaskan

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
.


AKU DAN PERASAANKU

PERASAAN YANG DAPAT DIKAWAL LAGI



LUAHAN hati yang sebenar benarnya dari saya..

Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. 
Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untukberkongsi rasa.  Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita.  Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentangkekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. 
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.    Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteriatau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?
Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama.  Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya.  Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.
 Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba.  Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.

BENARKAH INI PERASAAN CINTA!!

                                ADAKAH INI CINTA YANG DIIMPIKAN SELAMA INI?????

Di saat kita jatuh cinta di usia remaja, marilah kita pastikan sekali lagi, apakah benar ini cinta? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba?
kita tidak mampu menahan kekaguman pada dia yang sangat cantik jelita, hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”
Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja? Atau benar – benar cinta?
Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak kita, kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan mengalami perasaan ini.
Mencuri – curi pandang gadis di pinggir jalan, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya.
Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu dimana rumahnya dan hanya  ingin bahagia saat melihatnya. Ini hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.
Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu.
Sebuah keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai diantara kita tidak tahu.
Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan dan dihargai sebagai seorang manusia.
Dicintai sepenuh hati, disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita? Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai wanita cantik bila kita memerlukannya.
Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak.
Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya. Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.
                    

Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.

Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.
Bukan cinta, hanya tafsiran sahaja.



SUSAHNYA NAK MENOLAK CINTA

SUSAHNYA NAK MENOLAK CINTA



Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.
Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Mari kita membincangkan tentang bagaimana menolak cinta
Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.
Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.
Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina
Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang. 
Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.
Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu.
Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.
Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina.
Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun,  sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 
Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?
Jangan tertipu Oleh Perhatian
Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita.
Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian
Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih.
Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.
Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

Menolak Cinta

Menolak cinta. Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja.
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf.
Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, Serahkan semuanya pada Allah.
Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.
Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.

 TIME FOR ME TO STUDY NOW NOT LOVING LOVING..






Isnin, 3 Jun 2013

MATA BURUNG HANTU DA

                                 

Gangguan tidur dengan tenang di waktu malam memberikan kesan yang sangat ketara terhadap tubuh badan manusia terutama buat mereka yang gemar mengamalkan tidur lewat di malam hari.

Kehidupan seakan sama seperti burung hantu, berjaga di waktu malam dan masih aktif melakukan tugasan harian, apabila matahari mula keluar menunjuk rupa, burung-burung ini akan berehat dan terbang pulang ke tempatnya. Detik 12 malam burung ini akan keluar berterbangan dan sayup-sayup kedengaran bunyi haiwan ini dari luar rumah.
Orang tua-tua dulu kata, burung hantu kalau nampak hantu mereka akan mengeluarkan bunyi, penulis sendiri kurang pasti akan kesahihan hal itu. Namun bukan isu burung hantu yang ingin penulis kupas tetapi perihal sesetengah daripada masyarakat kita yang sukar untuk tidur di waktu malam yang seakan sama dengan kehidupan seekor burung hantu.
                             
Pusing kiri dan kanan, mata belum dapat lelap dan ada saja benda yang bermain di fikiran, badan pula sudah berulang kali menjerit minta direhatkan. Kalau begini terpaksa dihadapi berhari-hari, serabut otak! Adakah ini dipanggil penyakit?

Saban hari inilah yang harus dilalui oleh mereka yang tidak dapat tidur dan kesannya seperti tertidur semasa bekerja atau di dalam kelas. Malah terdapat lingkaran hitam bawah mata yang semakin ketara dan lebam kerana tidak mendapat tidur yang secukupnya.


Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan akan mengalami sindrom gangguan tidur ini atau lebih saintifik dikenali dengan nama insomnia. Apa yang dimaksudkan dengan insomnia?

Diberi definisi di mana tidur terlalu sedikit atau tidak dapat tidur yang secukupnya untuk berasa segar di waktu pagi, lalu mengganggu emosi dan mental seseorang itu untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
                                      
Apabila dibebani dengan tugasan harian dan pergerakan menggunakan tenaga fizikal dan mental, tubuh badan juga perlu dapat rehat yang cukup. Badan manusia bukanlah robot yang boleh digunakan sesuka hati sepanjang masa. Bahkan, robot pun kena rehat!

Waktu tidur terutama di malam hari adalah penting untuk mengembalikan tenaga dan keupayaan badan untuk keluar melakukan tugasan atau aktiviti di hari keesokannya.

Tahukah anda bahawa manusia memerlukan sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari untuk tidur di waktu malam. Tanpa rehat dan tidur, badan akan berasa lemah, letih dan tidak bermaya. Silap hari bulan, jalan pun boleh terlanggar dinding!

Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur ini akan berasa tidak selesa apabila bangun di waktu pagi dan emosi juga turut terganggu seperti cepat marah, hilang tumpuan, perhatian kepada sesuatu tugas juga menurun dan daya ingatan menjadi lemah.

Jangka masa tidur hanyalah satu dimensi, di mana setiap orang mempunyai jangka masa tidur yang berbeza-beza. Ada orang yang hanya perlu tidur sekejap saja tetapi masih produktif dan mampu melakukan tugasan harian seperti biasa.

Tetapi ada juga yang memerlukan tidur yang lama untuk mendapatkan produktiviti untuk melakukan tugas harian. Ini bergantung kepada tahap dan kemampuan individu.

Tahap tidur orang dewasa dan kanak-kanak juga berbeza di mana kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih lama dan memerlukan tidur yang panjang iaitu lapan hingga 10 jam sehari kerana mereka banyak bermain.

Bagi golongan dewasa pula, mereka memerlukan enam hingga lapan jam sehari untuk tidur dan warga emas memerlukan empat hingga enam jam sehari. Mereka yang kurang tidur ini terdedah kepada risiko diabetes dan penyakit jantung.

Gangguan tidur juga banyak dipengaruhi oleh umur, status pekerjaan, status perkahwinan, penggunaan dadah, rokok atau alkohol. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai putaran waktu tidur yang tidak menentu misalnya tidur lambat di waktu malam lalu menyebabkan badan berasa lesu untuk pergi ke kelas di waktu pagi.

Insomnia berlaku apabila seseorang mengalami salah satu daripada perkara berikut iaitu kesukaran untuk tidur, kesukaran mengekalkan tidur sehingga waktu pagi, bangun terlalu awal dan mudah mengantuk pada siang hari.

Kemungkinan mereka mudah melakukan kesilapan dan berisiko dalam kemalangan dan kecederaan.

Penyakit ini boleh dirawat dengan berjumpa doktor sekiranya insomnia mengganggu urusan harian. Doktor boleh membantu mencari punca dan memberikan rawatan yang sesuai kepada pesakit.

Harus diingat agar tidak sesekali mengambil ubat tidur tanpa nasihat daripada pakar. Boleh untuk rawatan yang berkesan tetapi jika diambil dengan kerap boleh menyebabkan gangguan kesihatan dan ketagihan.


6 cara yang dapat membantu anda atasi masalah sukar tidur:

Mendengar lagu berentak perlahan 

Ramai yang sering melakukan aktiviti ini terutama apabila mengalami masalah gangguan tidur. Apabila mendengar rentak irama muzik yang perlahan seperti lagu-lagu klasik dan lagu jiwang, mampu membuatkan perasaan akan rasa letih dan membuatkan kita mudah mengantuk kerana muzik ini membuai jiwa. Cuba anda pasang radio dengan lagu yang berentak perlahan di dalam kereta dan memandu, pasti perasaan mengantuk itu akan tiba tapi awas hanya boleh lakukan ketika di rumah saja.


Minum susu sebelum tidur 

Kebanyakan orang terutama golongan remaja tidak suka minum susu kerana dianggap seperti kebudak-budakan, sedangkan banyak kelebihan apabila minum susu sebelum tidur. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.


Latih tidur awal

Waktu yang paling baik untuk tidur adalah sekitar jam 10 malam kerana dengan seharian aktiviti badan perlu untuk rehat bagi mengembalikan semula tenaga untuk melakukan tugasan keesokannya. Cuba pejam mata dan rehat supaya mata akan lebih segar apabila bangun dari tidur. Apabila waktu tidur kita dijaga dengan sempurna memudahkan kita untuk bangun keesokannya. Jika perlu, pasang jam loceng untuk mengejutkan anda daripada terus tidur.


Suasana tempat tidur 

Keadaan tempat tidur juga memainkan peranan yang penting untuk memberikan kesan mengantuk seperti warna, kebersihan dan kurangnya bunyi bising. Kita pasti memerlukan tidur yang kualiti dalam keadaan yang tenang. Cuba bayangkan anda tidur dengan bunyi enjin kereta sebelah rumah, pasti bengang apabila keadaan bising begitu yang mengganggu masa rehat anda. Jadi suasana bilik tidur yang damai dan sunyi membolehkan anda tidur dengan tenang terutama kebersihan bilik harus dijaga. Walaupun sesibuk mana anda, kemas katil dan cadar selepas bangun pagi dan sapu sampah di dalam bilik juga penting!


Elak tidur di siang hari 

Maksimum untuk tidur di siang hari hanyalah 30 minit yang sudah mencukupi untuk berehat sebentar daripada penat melakukan aktiviti harian. Apabila tidur lama pada waktu siang akan menyebabkan seseorang itu sukar tidur di malam hari. Walaupun terasa mengantuk dan letih untuk melakukan tugas, jangan ambil masa itu untuk tidur dengan tempoh yang lama dan akan menyebabkan anda akan berasa segar di malam hari dan waktu tidur anda akan menjadi tidak sekata.


Membaca buku 

Memang benar membaca juga boleh memberikan kita kesan mengantuk kerana otak dan mata berjaga untuk membaca dan memahami isi buku atau majalah. Terutama yang berkaitan dengan buku rujukan pelajaran, buka saja buku selama lima minit pasti akan berasa mengantuk. Jadi membaca buku sebelum tidur membantu kita untuk mengantuk dengan lebih cepat, cubalah!

UMUR KIAN SINGKAT AJAL SEMAKIN DEKAT




MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.
                                              

Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”

Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

                           Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.


Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.
Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.
                                                                                       
Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

siti sarah 
Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

sekian terima kasih..

Sabtu, 1 Jun 2013

JOGGING TIMES..

ASSALLAMUALAIKUM SEMUA..

ha hari ni dah mula start cuti study week before final exam.seminggu cuti xtaw nak buat apa da.terperuk je dalam bilik.nak keluar jalan jalan tak ada member yang nak ajak..sedihnya..hihihihi..
so,pagi ni bangun awal pergi joging la with my roomate.hehe
dapat jugak kuruskan badan yang semakin bertambah ni kan..
Hari ni memang betul betul joging la.

                                  
                                         
joging ronda ronda UNIMAS ni yang tak seberapa nak UNIMAS la..hahaha..jahat aku kutuk tempat belajar sendiri kan..tapi memang hakikatnya begitulah..
 Aktiviti pertama jogging then pergi tasek tangkap ikan n bagi ikan makan but aku tak turun la dalam tasek tu..roomate aku je yang turun..hehe.
kelakar la tengah tengah duduk bagi ikan makan roomate aku ni boleh jatuh dalam tasek tu..hahahahahaha..habis basah semuanya..aku just TOLONGGGGGGGGGG tengok n gelak jelah..kelakar bet ul..

aFter tangkap ikan tu kita orang pergi pinjam basikal member la pulak pergi ronda ronda UNIMAS ni.lama tak kayuh basikal Letih yang amat rasanya...al maklum la kan umur dah semakin meningkat..hakhakhak..

JOM TENGOK GAMBAR YANG SEMPAT DI AMBIL NI..







Sabtu, 25 Mei 2013

3 JENIS MANUSIA YANG MENJENGKELKAN




teori tiga hala ira menyatakan bahawa ada 3 jenis manusia yang menjengkelkan di Malaysia. pertama, seorang pedantis. kumpulan pedantis atau turut disebut dalam bahasa inggerisnya sebagai persnickety people dimana merupakan golongan mereka yang sentiasa mahu memperbetulkan semua orang. tak kisahlah dari segi grammar atau maklumat tentang suatu pengetahuan am, dan2 mereka akan memperbetulkan, memang tak salah nak memperbetulkan maklumat yang silap atau salah tapi kalau tiap masa nak buat..mesti lama2 orang akan menyampah..betul tak??..


sometimes, kesilapan biasa seperti penggunaan past continuous tense dengan past perticiple tak yahlah nak dijadikan isu besar..pelakon komedi stephen fly pun pernah cakap bahawa golongan pedantis neh adalah golongan manusia yang tak tahu ape itu erti kenikmatan dalam kehidupan sebap dalam hidup mereka just tahu nak memperbetulkan benda jer..annoying namanya tue..

kedua pula, pancake hangus. benda neh merujuk kepada bangsa asia yang tinggal di malaysia tapi tidak tahu berbahasa melayu. ada beberapa peringkat dan peringkat yang pertama ialah kumpulan pan asian yang tinggal di malaysia ( oh,,memang ira pan asian but ira boleh bertutur dalam bahasa melayu..kuikuikui )...ira memaafkan golongan neh sebap wujudnya bangsa asing dari baka keturunan keluarga mereka. kedua, golongan yang tinggal di luar negara dan melupakan bahasa ibunda mereka sendiri. masih boleh dimaafkan even selepas 3tahun kembali kat negara sendiri, itu bukan alasan yang munasabah tak reti nak tutur dalam bahasa sendiri. 
ketiga, golongan yang tak pernah pergi ke luar negara pun, just duduk kat negara sendiri tapi tak boleh nak bertutur dalam bahasa melayu dan mengeluarkan loghat bahasa inggerisnya apabila ingin menyebut satu saja perkataaan melayu dalam keseluruhan ayat bahasa inggeris. yang ini ira tak boleh memaafkan sebap memang mengarut. dulu ada artis kena gam sebap menutur ayat,,im feel stupid when i speak in malay..amboi,,sedap bercakap tak fikir press bagai,,muka dah sah2 macam melayu tulen ada hati nak cakap macam tue??..mereka neh la pancake hangus,,bangsa melayu berkulit sawo matang tapi perasaan pan asian..ello,,im proud to be malaysian ok??

golongan ketiga adakah golongan perasan alim. ia merujuk kepada sesetengah graduan dari timur tengah atau kawasan yang sewaktu dengannya ( kecuali sedara2 ira yang belajar di timur tengah ) yang merasakan apabila mereka pulang ke tanah air mereka still kene bertutur menggunakan makhraj. ok,,mereka boleh cakap saya mahu ke dewan..atau adakah awak jual strawberi dan coklat??..tapi still nak gunakan makhraj mereka dengan menutur ana mahu ke qa'ah atau adakah anti jual farawlah dan shikulatah??..mereaka juga boleh mengatakan filem ali setan tapi tetap nak kata filem ali syaitan..mak aiii,,annoying kalau dengar banyak2 kali..


bukannya ira nak marahkan penggunaan anti and ana uh but please my dear, gunakanlah pada tempat yang sesuai,,atau terus gunakan jek bahasa arab tue dengan ayat yang penuh..ira faham lah juga bahasa arab neh,,ira just rasa itu menjengkelkan bila mereka menganggapnya ia terlalu mulia sebap bahasa arab?? yakni bahasa al-quran..bnar,,bahasa arab tue mulia namun bila mereka menggunakannya dengan rasa kemegahan melampau2 dan ada orang yang bercakap seperti seorang melayu biasa apatah lagi dengan bangsa sendiri walhal ia adalah bahasa ibunda mereka,,jadi ape bezanya mereka dengan pancake hangus tue???..

memang nabi ada kata jangan lihat siapa yang menyampaikn,,tapi lihat apa y disampaikn..tapi bukan semua orang tahu kewujudan hadis kalau ia tidak disampaikn,,tetapi kalau ia tak disampaikn oleh orang yang disukai ,,jadi samalah macam ia tak disampaikn langsung,,so..first and foremost,,kenalah jadi orang yang disukai,,huhu,,ia amat menjengkelkan orang bila menggunakn bahasa arab dengan  nada yang megah,,kann tak baik,,dan seterusnya merosakkn kemuliaan bahasa itu sendiri..ummm,,how about that??

ok,,sumenya annoying and klise..

Ahad, 19 Mei 2013

miss my mother n family!!!!

 sebulan jer lagi tapi rasa macam setahunn....emakkkkkkkkk nok balikkkkkkkkkk..
xsabar dan xtahan lagi.rindu yang amat kat mereka semua....hanya mampu menangis dalam hati...waaaaaaaaaa........lambatnya masa berlalu..x sabar nak jumpe ngen mok tersayang..nok makan makanan hasil air tangan  mak...masakan mak saya paling best..tiada tandingannya...sedihnye...mak...wait anakmuu ini...heehehe...Doakan juga semoga anakmu ini selamat di sini dan selamat pulang nanti.

to my siblingsssss also waittt me..hehe..

oooooooooooo.........ayat jiwang la skit.mood bosan!!1

   Awak menjanjikan saat yang terbaik bila saya memilih awak sebagai teman hidup, dan saat itu bila awak pergi tinggalkan saya.

Percintaan itu indah kalau awak menjaganya dengan baik bukan menghancurkannya. 

CINTA hanyalah sekadar perkataan tetapi apabila seseorang datang dalam hidup kita ia memberi banyak makna :')

Cinta bukan terletak pada ucapan yang berulangkali, cinta tidak pernah berubah cuma insan yang berubah hatinya. Insan yang menangis kerna cinta bukanlah bererti jiwanya lemah, tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yang hebat dan bukanlah satu permainan.
   Awak menjanjikan saat yang terbaik bila saya memilih awak sebagai teman hidup, dan saat itu bila awak pergi tinggalkan saya.

Ahad, 7 April 2013

EKSPEDISI PENDAKIAN PUNCAK BORNEO SARAWAK





































perjalanan yang sungguh memenatkan.amat mencabar bagi aku..kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan.hahahahaha..
5 jam perjalanan yang memanjat bukit saja xde turun2 bukit ditambah lagi dengan cuaca panas..ALLAH je yang tahu..

doa doa doa punya doa supaya hujan turun,Akhirnya ALLAH makbulkan jugak..time hjn tu la jalan tak henti henti..kalau hujan x turun rasanye aku memang dah pensang da kot..hhii..xsangka aku punya stamina kuat jugak sik..sampai je atas puncak tu hilang semua keletihan..terkejut yang amat tengok pemandangan dari atas puncak tu...Bukti kekuasaan ALLAH ....very beautiful...ALLAHUAKHBARRR...
pintu masuk

kasut baru.haha..first time pakai daki puncak borneo ni.

letih pun masih sempat posing



berhenti rehat.xlarat sangat2 dah ni






time nak pitam nie..nasib boleh tahan lagi.

hampir sampai ke puncakkkk!!!!!!


mandi peluhh,,seluar n baju semuanyalah basahhhhhhhh