Semua orang didunia
ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah
makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan.
Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi
bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih
bijak?ikutilah panduan ini...
1 Mengambil sarapan pagi-
Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan
adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut.
Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan
seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula
dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor
ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang
aktif..sarapan pagi amat penting untuk setiap orang.
2 Elak
makan secara berlebihan-
Orang yang
bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika
seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan
pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan
kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu
malas, mengantuk dan hilang daya fokus..so,korang semua janganlah makan
berlebihan.
3 Elak
merokok-
Asap rokok
sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya
akan merosakkan sel-sel otak anda.
4 Elak
daripada mengambil gula secara berlebihan
-
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan
nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan
anda menjadi seorang yang kurang bijak.
5 Hidu
udara yang bersih-
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar
dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk
mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
6 Tidur
secara berlebihan-
Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk
merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia
akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan
melemahkan daya berfikir seseorang.
7 Tidur
dengan menutup muka-
Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup
muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon
oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak
kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
8 Kurang
berimaginasi/berfikir-
Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah
pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu
juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan
menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi
kurang bijak.
.jpg)
.jpg)
.jpg)