″ MALAM DI AWAM AWANGAN ″
Oleh:Siti
Sarah binti Yaakob
(Pelajar
Pengurusan Seni FSGK – UNIMAS
Dengar sahaja perkataan ″The battle
of Acapella ″ sudah membuatkan orang ramai seperti berada di awam awangan.
Persembahan yang diadakan pada malam 15 April 2014 yang diadakan di Panggung
Gemilang Unimas itu amat memukau pandangan penonton. Acapella merupakan sebuah
nyanyian solo atau berkumpulan yang tidak menggunakan sebarang peralatan alat
muzik atau instrument. Dalam erti kata lain, Acapella merujuk kepada
persembahan yang menggunakan suara dan mulut sahaja. Manakala dalam penggunaan
moden pula, Acapella adalah bentuk nyanyian yang mempunyai pelbagai suara,
termasuklah corak nyanyian bershop, doo wop, rock, dan juga muzik pop.
Persembahan Acapella dalam bentuk nasyid juga turut dipersembahkan.Tujuan
persembahan pada malam tersebut adalah untuk menarik minat pelajar di samping
dapat mengekalkan kembali bentuk nyanyian tersebut daripada terus ditelan
zaman.
Suasana pada malam tersebut sangat
meriah kerana penonton memenuhi panggung. Ditambah dengan rekaan dekorasi
pentas yang cuba dipilih oleh pereka dalam persembahan ini iaitu berkonsep
simple dan ini kelihatan amat sesuai dengan tema yang ditengahkan. Perkataan
″DINAMIKA MINGGU INTEGRITI″ yang ditampal di dinidng pentas menunjukkan bahawa
persembahan tersebut diaadakan sempena dinamika minggu intergriti. Selain itu,
adanya belon belon yang digantung mengelilingi pentas dan hiasi bunga bunga
menambahkan lagi keserian dan keceriaan pentas tersebut. Umumnya terdapat
beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus iaitu aspek pemilihan
bentuk pentas. Pengurus telah memilih pentas berbentuk tapal kuda yang
kelihatan amat sesuai dengan bentuk persembahan pada malam itu. Selain itu,
artis juga pandai menarik perhatian penonton dengan mengelilingi ke kiri, kanan
dan tengah tengah penonton. Seterusnya
persembahan ini kelihatan lebih mantap. Manakala di barisan hadapan penonton
pula, adanya sofa dan meja yang
disediakan untuk VIP.Antara Vip yang hadir pada malam tersebut ialah Pengerusi
Bahagian Hal Ehwal Khidmat pelajar UNIMAS, setiausaha Pelajar Bahagian Pusat
Integriti UNIMAS dan Pengarah projek.
Berdasarkan aspek pengcahayaan pula,
penggunaan spotlight yang banyak membantu memberi lebih makna kepada rekaan
pengcahayaan dan membantu persembahan. Terdapat lima spotlight kecil digunakan.
Umumnya, terdapat enam fungsi pengcahayaan dalam pementasan iaitu, kejelasan,
mood, komposisi, fokus, kesatuan, dan kreadibiliti. Selain itu, multi point
lighting turut digunakan iaitu penggunaan sudut pengcahayaan yang amat sesuai
digunakan, ditambah pula dengan persembahan dari Universiti Lim Kok Wing yang
banyak menggunakan pergerakan yang luas dan besar. Pengcahayaan yang lembut dan
luas digunakan untuk menerangkan kawasan pentas tersebut. Ini menyebabkan
timbulkan suasana yang tenang dan mengagumkan. Konklusinya, rekaan pengcahayaan
pada malam tersebut sangat bagus di samping setting yang dibantu oleh alunan
pergerakan warna yang perlahan iaitu merah, hijau dan putih.
Selain itu, kostum yang dipakai
oleh setiap ahli kumpulan pada malam tersebut juga berjaya menawan hati
penonton di samping pemilihan warna yang kelihatan serasi dan selaras dengan
pengcahayaan dan mengikut konsep. Pemilihan kostum yang berwarna hitam dan
putih yang dibawa oleh kumpulan tersebut amat ringkas tetapi unik. Pemilihan
kemeja yang berwarna putih yang dipakai oleh kumpulan nasyid Nowfaz contohnya, membawa maksud murni, kesucian,
kesempurnaan amat bertepatan dengan tajuk lagu dan konsep yang dibawa iaitu
alunan zikrullah dan nilai cintamu. Manakala kumpulan dari Lim Kok wing pula
mengenakan kostum yang berwarna hitam serasi dengan pengcahayaan yang digunakan
ketika persembahan mereka. Antara lagu yang dibawa ialah Well I done yang
diketuai oleh Micheal. Penyambut tetamu pada malam itu juga turut memakai
kostum berwarna hitam.
Selain itu, penggunaan lima butir speaker
yang digunakan telah diletakkan di setiap sudut kiri, kanan, dan tengah
penonton manakala dua lagi diletakkan di hadapan kiri dan kanan di tengah
tengah tangga pentas. Ini memberikan kejelasan bunyi kepada para penonton dan
kepuasan yang tinggi. Ketika persembahan dari pasukan Lim KoK Wing, terdapat
sedikit kebimbangan pada permulaan persembahannya kerana bunyi yang perlahan
dan tidak jelas. Bagaimanapun kebimbangan tersebut terus hilang malah dibalas
dengan bunyi dan gemerlap cahaya yang begitu mempersonakan sehingga boleh
membuatkan penonton mencari kata kata
yang sesuai untuk menggambarkan ″sedapnya bunyi″ alunan suara dan tepukan
tangan yang dimainkan. Persembahan mereka bertambah sempurna apabila bunyi dan
cahaya bersatu dan inilah yang dinamakan konsert yang sebenar. Hasilnya memang
nampak mahal dan mewah. Itonasi bunyi yang dihasilkan oleh solo sangat
bermutu, ditambah pula dengan
keistimewaan suara yang dibawa oleh ahli ahli mereka menyebabkan penonton pada
malam tersebut merasakan diri mereka seperti betul betul berada di awam
awangan. Di samping suara MC pada malam tersebut yang amat bertenaga dan pandai
berinteraksi dengan penonton menyebabkan penonton terus kekal berada di tempat
duduk mereka.
Konklusinya, lazimnya kita
berfikir bahawa konsert hanyalah untuk hiburan semata mata, tetapi sebenarnya,
melalui cara cara tertentu dapat menyelitkan mesej berguna supaya dapat membina
fikiran masyarakat ke arah yang lebih positif. Berdasarkan persembahan yang
dilihat tersebut, persembahan ini mampu untuk diangkat ke tahap yang lebih baik
dengan menjalan pengurusan yang lebih baik dan konsisten berpandukan ilmu
pengurusan acara yang lengkap.