Jumaat, 18 April 2014

HASIL KRITIKAN SENIKU

″ MALAM DI AWAM AWANGAN ″
Oleh:Siti Sarah binti Yaakob
(Pelajar Pengurusan Seni FSGK – UNIMAS
           Dengar sahaja perkataan ″The battle of Acapella ″ sudah membuatkan orang ramai seperti berada di awam awangan. Persembahan yang diadakan pada malam 15 April 2014 yang diadakan di Panggung Gemilang Unimas itu amat memukau pandangan penonton. Acapella merupakan sebuah nyanyian solo atau berkumpulan yang tidak menggunakan sebarang peralatan alat muzik atau instrument. Dalam erti kata lain, Acapella merujuk kepada persembahan yang menggunakan suara dan mulut sahaja. Manakala dalam penggunaan moden pula, Acapella adalah bentuk nyanyian yang mempunyai pelbagai suara, termasuklah corak nyanyian bershop, doo wop, rock, dan juga muzik pop. Persembahan Acapella dalam bentuk nasyid juga turut dipersembahkan.Tujuan persembahan pada malam tersebut adalah untuk menarik minat pelajar di samping dapat mengekalkan kembali bentuk nyanyian tersebut daripada terus ditelan zaman.
            Suasana pada malam tersebut sangat meriah kerana penonton memenuhi panggung. Ditambah dengan rekaan dekorasi pentas yang cuba dipilih oleh pereka dalam persembahan ini iaitu berkonsep simple dan ini kelihatan amat sesuai dengan tema yang ditengahkan. Perkataan ″DINAMIKA MINGGU INTEGRITI″ yang ditampal di dinidng pentas menunjukkan bahawa persembahan tersebut diaadakan sempena dinamika minggu intergriti. Selain itu, adanya belon belon yang digantung mengelilingi pentas dan hiasi bunga bunga menambahkan lagi keserian dan keceriaan pentas tersebut. Umumnya terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus iaitu aspek pemilihan bentuk pentas. Pengurus telah memilih pentas berbentuk tapal kuda yang kelihatan amat sesuai dengan bentuk persembahan pada malam itu. Selain itu, artis juga pandai menarik perhatian penonton dengan mengelilingi ke kiri, kanan dan tengah tengah penonton.  Seterusnya persembahan ini kelihatan lebih mantap. Manakala di barisan hadapan penonton pula, adanya sofa dan meja  yang disediakan untuk VIP.Antara Vip yang hadir pada malam tersebut ialah Pengerusi Bahagian Hal Ehwal Khidmat pelajar UNIMAS, setiausaha Pelajar Bahagian Pusat Integriti UNIMAS dan Pengarah projek.
          Berdasarkan aspek pengcahayaan pula, penggunaan spotlight yang banyak membantu memberi lebih makna kepada rekaan pengcahayaan dan membantu persembahan. Terdapat lima spotlight kecil digunakan. Umumnya, terdapat enam fungsi pengcahayaan dalam pementasan iaitu, kejelasan, mood, komposisi, fokus, kesatuan, dan kreadibiliti. Selain itu, multi point lighting turut digunakan iaitu penggunaan sudut pengcahayaan yang amat sesuai digunakan, ditambah pula dengan persembahan dari Universiti Lim Kok Wing yang banyak menggunakan pergerakan yang luas dan besar. Pengcahayaan yang lembut dan luas digunakan untuk menerangkan kawasan pentas tersebut. Ini menyebabkan timbulkan suasana yang tenang dan mengagumkan. Konklusinya, rekaan pengcahayaan pada malam tersebut sangat bagus di samping setting yang dibantu oleh alunan pergerakan warna yang perlahan iaitu merah, hijau dan putih.
            Selain itu, kostum yang dipakai oleh setiap ahli kumpulan pada malam tersebut juga berjaya menawan hati penonton di samping pemilihan warna yang kelihatan serasi dan selaras dengan pengcahayaan dan mengikut konsep. Pemilihan kostum yang berwarna hitam dan putih yang dibawa oleh kumpulan tersebut amat ringkas tetapi unik. Pemilihan kemeja yang berwarna putih yang dipakai oleh kumpulan nasyid Nowfaz  contohnya, membawa maksud murni, kesucian, kesempurnaan amat bertepatan dengan tajuk lagu dan konsep yang dibawa iaitu alunan zikrullah dan nilai cintamu. Manakala kumpulan dari Lim Kok wing pula mengenakan kostum yang berwarna hitam serasi dengan pengcahayaan yang digunakan ketika persembahan mereka. Antara lagu yang dibawa ialah Well I done yang diketuai oleh Micheal. Penyambut tetamu pada malam itu juga turut memakai kostum berwarna hitam.
     Selain itu, penggunaan lima butir speaker yang digunakan telah diletakkan di setiap sudut kiri, kanan, dan tengah penonton manakala dua lagi diletakkan di hadapan kiri dan kanan di tengah tengah tangga pentas. Ini memberikan kejelasan bunyi kepada para penonton dan kepuasan yang tinggi. Ketika persembahan dari pasukan Lim KoK Wing, terdapat sedikit kebimbangan pada permulaan persembahannya kerana bunyi yang perlahan dan tidak jelas. Bagaimanapun kebimbangan tersebut terus hilang malah dibalas dengan bunyi dan gemerlap cahaya yang begitu mempersonakan sehingga boleh membuatkan penonton mencari  kata kata yang sesuai untuk menggambarkan ″sedapnya bunyi″ alunan suara dan tepukan tangan yang dimainkan. Persembahan mereka bertambah sempurna apabila bunyi dan cahaya bersatu dan inilah yang dinamakan konsert yang sebenar. Hasilnya memang nampak mahal dan mewah. Itonasi bunyi yang dihasilkan oleh solo sangat bermutu,  ditambah pula dengan keistimewaan suara yang dibawa oleh ahli ahli mereka menyebabkan penonton pada malam tersebut merasakan diri mereka seperti betul betul berada di awam awangan. Di samping suara MC pada malam tersebut yang amat bertenaga dan pandai berinteraksi dengan penonton menyebabkan penonton terus kekal berada di tempat duduk mereka.
              Konklusinya, lazimnya kita berfikir bahawa konsert hanyalah untuk hiburan semata mata, tetapi sebenarnya, melalui cara cara tertentu dapat menyelitkan mesej berguna supaya dapat membina fikiran masyarakat ke arah yang lebih positif. Berdasarkan persembahan yang dilihat tersebut, persembahan ini mampu untuk diangkat ke tahap yang lebih baik dengan menjalan pengurusan yang lebih baik dan konsisten berpandukan ilmu pengurusan acara yang lengkap.