Isnin, 2 September 2013

KETIKA HARUS MELEPASKAN CINTA




Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Melepaskan

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
.


AKU DAN PERASAANKU

PERASAAN YANG DAPAT DIKAWAL LAGI



LUAHAN hati yang sebenar benarnya dari saya..

Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. 
Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untukberkongsi rasa.  Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita.  Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentangkekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. 
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.    Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang suami/isteriatau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?
Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama.  Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya.  Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.
 Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba.  Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.

BENARKAH INI PERASAAN CINTA!!

                                ADAKAH INI CINTA YANG DIIMPIKAN SELAMA INI?????

Di saat kita jatuh cinta di usia remaja, marilah kita pastikan sekali lagi, apakah benar ini cinta? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba?
kita tidak mampu menahan kekaguman pada dia yang sangat cantik jelita, hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”
Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja? Atau benar – benar cinta?
Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak kita, kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan mengalami perasaan ini.
Mencuri – curi pandang gadis di pinggir jalan, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya.
Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu dimana rumahnya dan hanya  ingin bahagia saat melihatnya. Ini hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.
Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu.
Sebuah keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai diantara kita tidak tahu.
Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan dan dihargai sebagai seorang manusia.
Dicintai sepenuh hati, disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita? Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai wanita cantik bila kita memerlukannya.
Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak.
Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya. Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.
                    

Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.

Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.
Bukan cinta, hanya tafsiran sahaja.



SUSAHNYA NAK MENOLAK CINTA

SUSAHNYA NAK MENOLAK CINTA



Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.
Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Mari kita membincangkan tentang bagaimana menolak cinta
Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.
Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.
Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina
Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang. 
Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.
Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu.
Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.
Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina.
Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun,  sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 
Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?
Jangan tertipu Oleh Perhatian
Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita.
Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian
Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih.
Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.
Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

Menolak Cinta

Menolak cinta. Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja.
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf.
Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, Serahkan semuanya pada Allah.
Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.
Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.

 TIME FOR ME TO STUDY NOW NOT LOVING LOVING..